Ahad, 24 Januari 2016

Dari Lumut Ke Teluk Nipah

Sambung lagi cerita Ogos Gateway. Selepas sarapan di Line Clear, perjalanan diteruskan. Dari Rapat Setia ke Lumut ni tidaklah berapa jauh. Hanya satu jam 30 minit. Tidak jauhkan? Sebabnya bukan aku yang memandu. Seronok sangat aku dapat merasa naik kereta baru. Honda City pula tu. Aku sangat bersyukur. kawan-kawan pakai kereta besar-besar aku dapat merasa naik pun jadilah. Aku jadi mem besar, duduk belakang tu. Sudahnya aku tidur. Jarang aku tidur dalam perjalanan. Mungkin kerana duduk belakang, bertambah dengan penat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan disertai rasa selamat. Memandangkan pemandu yang berhemah memandu kereta hari ini.

Selepas meletakkan kereta di tempat parking. Perjalanan pun bermula. Mujur ada mereka ni. Kali terakhir aku ke Pulau Pangkor 2004 rasanya. Zaman tu zaman belajar lagi. Pergi pun balik hari. Bila lihat terminal ferry. Terkejut aku. Banyak yang sudah berubah. Sangat berbeza. Yer lah kan takkan sama sahaja. Sebenarnya keadaan tahun 2004 tu pun aku dah tak ingat. Sebab tu aku banyak buat catatan di blog ni. Mana tahu lagi 10 tahun lihat balik. Mungkin blog ni boleh membantu aku untuk selusuri kenangan. Kenangan dengan keluarga. Kenangan dengan kawan-kawan
 
sambungan dari:
 

Keluar dari parking kami cepat-cepat meluru ke kaunter tiket. Selepas lihat jadual perjalanan  dan harga tiket feri, nampaknya ada masa lagi. Sempatlah nak makan tengah hari dulu. Di tepi-tepi ini kelihatan mereka-mereka yang menjual pakej. Untuk penginapan kami dah tempah siap-siap secara online menggunakan Agoda. Diuruskan oleh Yan. Di sini di tepi-tepi laluan pejalan kaki tu mereka jual pakej untuk ke Pulau Giam. Pandai-pandailah pilih. Jika nak selesa naik bot besar sikit, jika orang seorang dua dan comel naik bot kecil. Selesai beli pakej ke Pulau Giam dan sekarang isi masa dengan isi perut. Sepanjang perjalanan ke jeti, kiri kanan adalah kedai-kedai. Terdapat juga beberapa kedai makan yang menyediakan pelbagai menu. Kami pilih kedai paling hujung. Paling hampir dengan jeti. Aku tak nak makan kerana masih kenyang dan mood kuruskan badan. Kurus lah sangat. Yan dan hajar makan laksa. Kami bertiga semua beli ABC sebab nampak sangat menyelerakan. Tengah-tengah hari ni kan. Sejukkan tekak dengan ais.

Lepas makan masih ada masa yang berbaki sebelum naik feri. Masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk mencuci mata. Kebanyakan kedai jual ikan bilia mata biru. Sebelum-sebelum ni ke Pulau Pangkor tak pernahlah pulak aku perasan tentang ini. Mungkin dah dewasa dan semakin kerap kedapur, maka semakin peka dengan keperluan dapur. Ikan bilis adalah wajib ada di dapur rumah. Senang nak masak. Harga ikan bilis mata biru ni mengikut kualiti. Ada gred-gred. Sekali lagi pandailah pilih. Selebihnya kedai-kedai ni menjual hasil tangkapan laut yang telah diproses.  Buat masa ni sedang jaga poket dan jaga hati. Balik nanti baru boleh shoping.


Gambar di bawah ni lah feri kami. Walau dah pernah ke sini tapi masih teruja. Seolah-olah ini adalah kali pertama ke sini. Langitnya kelihatan biru. Lautan yang sangat luas, warna birunya seolah-olah mengatakan selamat datang kepada kami. Feri di sini kelihatan lama. Tapi insyaAllah selamat. Kakitangan feri ni pun baik dan ringan tulang bagi memastikan penumpang dapat naik ke feri dengan selamat. Terutama yang membawa anak kecil dan barangan yang banyak.


Selamat juga berada di dalam feri. Tempat duduk adalah ikut suka hati "free sitting". Alhamdulillah kami dapat duduk satu baris. Senang nak selfie-selfie. Lama juga tak naik feri. Last naik feei ke Pulau Pinang 2013 rasanya. Beza feri Pulau Pangkor dengan Pulau Pinang. 


Selepas beberapa minit akhirnya kelihatan juga Pulau Pangkor. Banyak juga yang berubah. Tapi aku dah tak ingat rupa lama. Jadi apa yang berubah? Teruknya memori aku sekarang ni. Zaman pergi dulu mana ada fb. Kamera pun tak ada. Tak ada satu gambar kenangan pun. Masa tu pergi dengan coursemate merangkap blockmate. Jadi haruslah rapat, zaman sekarang istilahnya bff. Walau tiada gambar, peristiwa naik motor sampai tak larat naik bukit motor tu. Sudahnya aku turun tolak, seolah-olah aku ni badang perkasa. Sudahnya patah balik. Kononnya nak pusing Pulau Pangkor. Terbatal hajat.


Kali ni tak sewa motor. Naik van pink ni. Destinasi adalah Teluk Nipah. Pemandu van ni tawarkan untuk pusing pulau dengan bayaran tertentu. Maknanya akan berhenti dan singgah di destinasi tumpuan pelancong seperti Kota Belanda dan kilang proses hasil laut. Memandangkan kami semua dah pernah ke sini dan telah pun melawat destinasi tersebut, kami hanya minta dibawa ke penginapan kami.

Alhamdulillah pemandu ni ramah dan hantar kami sehingga depan pintu pagar. Perjalanan hari ni santai dan selamat tiba di destinasi. Tak disangka aku ke Pulau Pangkor lagi. Kali pertama aku pergi masa umur 18. Selang 6 tahun baru datang kembali. Dan selepas 10 tahun baru datang untuk kali ke 3. Mungkin betul kata orang tua-tua bila dah membuah kat tempat tu mesti datang lagi.
 
Sambungan dari:
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan