Ahad, 17 Mei 2015

Rehat di Cameron Highland dan Makan Strawbery Celup Coklat

Dari kebun teh berjalan lagi. Cameron mesti dikaitkan dengan buah comel berwarna merah iaitu buah strawbery. Bila di Cameron ni macam-macam makanan berkaitan strawbery. Teh, jem, aiskrim dan dadih semua pun ada perasa strawberi. Bagi yang gemarkan coklat paling tak lengkap kalau tak cuba strawbery celup coklat. 

Lokasi seterusnya wajib singgah untuk makan strawbery celup coklat adalah di Kampung Sedia. Dari sini dapat lihat pemandangan yang indah. Tenang bila tak ramai orang. Sesuai untuk berehat dan menikmati sejuk Cameron. Tempat ni dari jauh pun dah menggamit untuk singgah.


Keadaan di sini selesa. Boleh pilih nak makan dekat dengan pokok strawbery atau menghadap pemandangan Kampung Sedia. Di sini layan diri, dan mereka sini ramah-ramah. Mesra, nak order pun selesa. Boleh tanya. Mereka akan layan dengan baik.

Tengok la gambar di bawah ni. Menikmati strawbery dekat dengan tanamannya, sambil-sambil makan, anak-anak boleh lihat sendiri dari mana datangnya buah comel tu.. Baru betul menikmati ni. Lihat warna hijau. Suasana yang damai. Datang awal-awal lah yer, bila dah ramai. Jadinya meriah.

Ni lah dia strawbery celup coklatnya. Coklatnya sedap. Resepi rahsia. Ada tambahan daripada coklat yang di beli di pasar. Sebab tu rasanya sedap. Memang kawan baiklah dengan strawbery yang manis masam. Buahnya pun segar-segar.


Belanja lagi gambar strawbery celup coklat. Tempting rasanya bila dimasukkan ke dalam mulut. Jus strawbery bercampur dengan rasa coklat. Sedap betul. Bila sedap orang mesti cari dan datang lagi. Ini bukan kunjungan saya yang pertama di sini. Bermula dari kenalan dari geng kaki jongket perkenalkan tempat ni. Masa tu depa belanja saya aiskrim strawbery. Sedap punya pasal saya datang lagi bawa kawan-kawan. Rasanya pun tak lari.


Tempat ni juga terkenal dengan jem strawbery. Nampak tak mat saleh tu. Berbotol dia beli. Repeat order tu. Katanya sedap. Terdengar dari meja. Bukan curi dengar ya.


Kucing pun suka lepak di sini. Silih berganti. Mula-mula warna putih. Lepas tu warna hitam. Bila selesai menikmati makanan terhidang snap gambar miau ni. Comel kucing 
di tanah tinggi ni.


Ramai yang berniaga yang makanan dikedainya rasa sedap. Tetapi sekian kali. Pada satu masa rasanya dah tak sedap. Apabila masak dengan penuh kasih sayang, jauh-jauh pun orang akan datang cari. Macam tempat ni. Berkali dah datang sini. Layanan pun baik. Harap-harap ada rezeki lagi ke sini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan